NULLFIX — Phone & Laptop Repair Specialist ☎ 014-570 3006  •  10:00 pagi – 9:00 malam
Home/FAQ

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan ringkas dan jujur untuk soalan yang kerap ditanya pelanggan NullFix.

Berapa lama proses repair?+
Ia bergantung pada jenis kerosakan. Servis ringan seperti tukar bateri atau skrin selalunya boleh siap pada hari yang sama, manakala kerosakan motherboard mungkin mengambil masa lebih lama. Technician akan maklumkan anggaran masa selepas pemeriksaan.
Adakah pemeriksaan dikenakan caj?+
Kami akan maklumkan terlebih dahulu jika terdapat sebarang caj pemeriksaan sebelum kami mulakan. Anda akan tahu kos yang terlibat sebelum bersetuju untuk meneruskan repair.
Adakah repair mempunyai warranty?+
Ya, warranty disediakan untuk servis tertentu. Tempoh dan liputan warranty bergantung pada jenis servis dan alat ganti yang digunakan. Butiran akan dijelaskan sebelum repair.
Perlu buat appointment atau boleh walk-in?+
Anda boleh walk-in ke kedai pada waktu operasi, atau WhatsApp kami dahulu untuk memastikan technician bersedia dan mengelakkan menunggu.
NullFix repair phone jenama apa?+
Kami membaiki pelbagai jenama telefon termasuk iPhone, Samsung, Oppo, Vivo, Xiaomi, Huawei, Realme dan banyak lagi. WhatsApp kami dengan model anda untuk pengesahan.
Adakah NullFix repair laptop?+
Ya. Kami membaiki laptop Windows dan MacBook — termasuk masalah tidak boleh hidup, slow, tukar SSD, upgrade RAM, keyboard, hinge, overheat dan motherboard.
Boleh tanya harga melalui WhatsApp?+
Boleh. Hantar model peranti dan masalah yang dihadapi melalui WhatsApp, dan kami akan bantu berikan anggaran serta cadangan penyelesaian.
Adakah data dalam phone akan hilang?+
Kami sedaya upaya mengekalkan data anda. Namun, untuk sesetengah kerosakan atau proses seperti format, data mungkin terjejas. Kami sarankan anda buat backup jika boleh, dan kami akan maklumkan sebelum sebarang tindakan yang menjejaskan data.
Apa perlu dibuat jika phone terkena air?+
Jangan cas atau hidupkan telefon. Matikan jika masih hidup dan bawa ke kedai secepat mungkin. Semakin cepat pemeriksaan dibuat, semakin tinggi peluang untuk diselamatkan.
Adakah NullFix menyediakan servis motherboard?+
Ya, kami menyediakan servis membaiki motherboard untuk phone dan laptop, tertakluk kepada tahap kerosakan. Pemeriksaan akan dibuat terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia boleh dibaiki.

Jangan Tunggu Kerosakan Jadi Lebih Teruk

Hubungi team NullFix untuk pemeriksaan dan cadangan penyelesaian yang sesuai untuk phone atau laptop anda.

atau call terus: 014-570 3006
💬WhatsApp